Karyakepri.com
Editor's Picks Kepri Tanjungpinang

Ini Kisah Syekh Syihabuddin Al-Banjari, Ulama di Riau-Lingga

Ahmad Hijazi ziarah makam Syekh Syihabuddin Al-Banjari di Masjid Sultan Riau Penyengat. Syekh Syihabuddin Al-Banjari adalah kakek buyut dari Ahmad Hijzai. (Foto : ist)

KARYAKEPRI.COM, PINANG – Syekh Syihabuddin bin Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari mempunyai 30 adik-beradik yang satu ayah saja, karena Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari menikah sebanyak 11 kali.

Di antara adik-beradik Syekh Syihabuddin al-Banjari, yang satu ayah termasuklah Mufti Jamaluddin al-Banjari. Pendidikan Syekh Syihabuddin mendapat pendidikan dari ayahnya Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari dan melanjutkan pendidikan di Mekah.

Di antara gurunya di Mekah ialah Syekh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sayid Ahmad al-Marzuqi dan lain-lain. Untuk menghadapi pelbagai cabaran dunia, Syekh Syihabuddin menerima beberapa amalan dari ayahnya, Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari.

Beliau menerima dari ayahnya Syekh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari. Syekh Abdur Rahman Shiddiq menerima dari ayahnya Syekh Muhammad Afif al-Banjari. Syekh Muhammad Afif menerima dari Syekh Syihabuddin al-Banjari. Syekh Syihabuddin menerima dari ayahnya Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari.

Amalan yang tersebut ada persamaan dengan salah satu amalan yang termuat dalam naskah peninggalan pahlawan Mat Kilau. Ada kemungkinan Mat Kilau turut menerimanya dari Syekh Syihabuddin al-Banjari.

Syekh Syihabuddin adalah putera Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari dari isterinya bernama Baiduri (Bidur). Adik beradik satu ayah dan satu ibu (saudara kandung) dengan Syekh Syihabuddin ada tiga orang dengan urutan: Al-Alim al-Allamah Kadi Haji Abu Su’ud. 2. Al-`Alim al-Allamah Kadi Haji Abu Na’im. Sa’idah, dan 4. Al-Alim al-Allamah Khalifah Haji Syihabuddin (yang sedang dibicarakan).

Kadi Haji Abu Su’ud bin Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari (nomor 1) mewarisi ilmu secara langsung dari ayahnya Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari, selanjutnya menjadi Kadi yang pertama di Banjar dan beliau juga seorang pahlawan.